Pages

Jun 25, 2009

fakta tentang binatang

  • Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.
  • Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua.
  • Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci.
  • Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap.
  • Itik yang berada di luar kumpulan tidur dengan sebelah mata terbuka tetapi yang berada di tengah pula dengan penuh yakin menutup kedua-dua belah mata.
  • Anjing mempunyai 100 ekspresi muka yang berbeza, kebanyakannya dibuat dengan menggunakan telinga. Malangnya baka 'bulldog' dan 'pit bulls' cuma ada 10. Oleh itu, mereka mudah disalah interpretasi oleh anjing-anjing lain menyebabkan perkelahian.
  • Sumpah-sumpah terkenal kerana berkebolehan menukar warna kulit mengikut tempat ia berada. Warnanya dikawal oleh hormon yang akan mempengaruhi pigmen kulit.
  • Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan.
  • Burung penguin jantan akan mengeram sebiji telur yang ditelurkan oleh pasangannya, Semasa tempoh dua bulan ia tidak makan dan akan hilang 40% dari berat badannya
  • Burung gagak berkebolehan untuk mengesan masalah. Ia cepat mengetahui bahawa kereta yang bergerak tidak merbahaya kecuali apabila pemandunya keluar dan ia akan terbang pantas. Di kawasan ia selalu diburu , ia tahu membezakan diantara pemburu yang bersenjata dan peladang dengan peralatannya.
  • Seekor cicak kecil boleh memanjat dinding yang tegak, melekat dengan badan terbalik atau melekap atas kaca yang di bergilap tanpa perlu menyedut, guna cairan melekit, kuasa elektrostatik atau geseran . Malah cicak menggunakan bulu di kakinya dan pergerakan "peeling" untuk membentuk "intermolecular bonds" dengan permukaan dimana ianya berjalan
  • Paruh platypus tidak seperti paruh burung -- ia adalah tulang rawan yang lembut dan mudah lentur -- serupa seperti hidung kita!

di amek dari http://www.jphpk.gov.my/Malay/facts.htm

3 comments:

dqeen said...

oi

oii

oiii

nak kne ni. mne ade blog aku bersawang. hampeh ko madd. aku takde mnde nak bebel la.

tak macam ko.. lirik pun copy paste kt blog, ahaha. fakta tentang binatang ni aku x hbis baca lagi weh..

meh tambah satu:
semua beruang kutub adalah kidal.

(gila pnjg kumen, mcm blogging kt sini plak.opps)

aMaddun said...

amboi2... blog ko ttp besawang.. hahaa

izzah said...

psl rabbit mne??