- Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.
- Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua.
- Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci.
- Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap.
- Itik yang berada di luar kumpulan tidur dengan sebelah mata terbuka tetapi yang berada di tengah pula dengan penuh yakin menutup kedua-dua belah mata.
- Anjing mempunyai 100 ekspresi muka yang berbeza, kebanyakannya dibuat dengan menggunakan telinga. Malangnya baka 'bulldog' dan 'pit bulls' cuma ada 10. Oleh itu, mereka mudah disalah interpretasi oleh anjing-anjing lain menyebabkan perkelahian.
- Sumpah-sumpah terkenal kerana berkebolehan menukar warna kulit mengikut tempat ia berada. Warnanya dikawal oleh hormon yang akan mempengaruhi pigmen kulit.
- Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan.
- Burung penguin jantan akan mengeram sebiji telur yang ditelurkan oleh pasangannya, Semasa tempoh dua bulan ia tidak makan dan akan hilang 40% dari berat badannya
- Burung gagak berkebolehan untuk mengesan masalah. Ia cepat mengetahui bahawa kereta yang bergerak tidak merbahaya kecuali apabila pemandunya keluar dan ia akan terbang pantas. Di kawasan ia selalu diburu , ia tahu membezakan diantara pemburu yang bersenjata dan peladang dengan peralatannya.
- Seekor cicak kecil boleh memanjat dinding yang tegak, melekat dengan badan terbalik atau melekap atas kaca yang di bergilap tanpa perlu menyedut, guna cairan melekit, kuasa elektrostatik atau geseran . Malah cicak menggunakan bulu di kakinya dan pergerakan "peeling" untuk membentuk "intermolecular bonds" dengan permukaan dimana ianya berjalan
- Paruh platypus tidak seperti paruh burung -- ia adalah tulang rawan yang lembut dan mudah lentur -- serupa seperti hidung kita!
di amek dari http://www.jphpk.gov.my/Malay/facts.htm







































